Ahad, 15 November 2009

novel-MENAnti kasIH

hai..
asalamualaikum..

semalam birthday ayah kite..
so..ayah kite tlh belanja makan sempena hari jadi ayah kite dan adik kite dpt no.1..
hehhehe..seronok...

lepas tu..abah bwk g tesco..jalan2 kat sane,,
wah..bestnye kite..dapat beli novel lg..
tapi malangnya..ingatkan mama nk belanja..
tgk2..mama tefon dah ade kat luar da..tgk pameran kereta..
hmm...nak suh kakak kite belanja..
memang dlm mimpi agak la..
terpaksa la gune duit kite,,

baru nk simpan..da terpakai..
hahhaha..
nak wat cmne..
demi hobi kite tu..heheheh..

novel ni..kite baru je baca bab 47 m/s 305..
agak cepat la jugak malam tadi kite bace..
cerite ni memang best..
ade cerita kat itali..
pasal blogger2 ni..dan macam2 la lg.,heheh




MENANTI KASIH-norzailina nordin..

Sinopsis: PERTEMUAN kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lamaran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati?Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.

.................................................................................................................................................................